Skip to main content

Sukan Lain

Pulihkan Kirthana jadi keutamaan -- Zainal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zainal.jpg
Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Zainal Abas, mengutamakan kebajikan atlet lompat jauh, R. Kirthana, untuk pulih daripada masalah penglihatannya sebelum sebarang keputusan diambil untuk menukar kedudukannya selaku atlet para.

Aduan daripada Kirthana diambil serius oleh Zainal.

Justeru, hasrat Kirthana yang mahu memulihkan penglihatannya menjadi keutamaan sebelum sebarang keputusan lain dibuat.

Zainal menegaskan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), masalah mata Kirthana akan dikaji selain mencari jalan terbaik untuk mengurangkan derita yang dialaminya.

“Kami mahu membantu Kirthana pulih daripada masalah penglihatan yang dialaminya,” kata Zainal.

Tahap rabun atlet ini semakin meningkat saban tahun sehingga mengganggu latihan hariannya.

Bagaimanapun, isu Kirthana mendapat perhatian barisan kejurulatihan olahraga para negara jika tiada perubahan, kelibat Kirthana dianggap aset baru negara dalam sukan para.

“Jika masalah ini tidak dapat diatasi, kami akan berusaha mendapatkan tempat buat Kirthana beraksi dalam sukan para,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video