Skip to main content

Sepak Takraw

PSM bakal manfaatkan sepenuhnya Akademi Sepaktakraw Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumali-reduan.jpg
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam mengumumkan kelulusan segera peruntukan bagi penubuhan Akademi Sepaktakraw Malaysia di Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala lumpur.

Sumali turut memuji komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sentiasa berusaha mengangkat martabat sukan warisan negara itu ke peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, berita ini merupakan satu penghormatan tertinggi buat PSM dan juga peminat sukan sepak takraw tanah air yang mahu melihat Malaysia terus kekal sebagai kuasa besar di pentas antarabangsa.

Dia beri jaminan, Stadium Jalan Raja Muda bakal jadi hub sepak takraw negara yang dilengkapi fasiliti serta kemudahan berteknologi tinggi yang turut mengetengahkan sains sukan.

Malah, Sumali percaya kewujudan akademi di negara ini akan menjadi platform terbaik dalam melahirkan ramai bakat pelapis yang mampu mewakili negara pada masa akan datang.

"Bajet RM6 juta itu khusus untuk kemudahan di stadium tersebut yang telah diserahkan kepada kami secara pajakan. 

"Dalam konteksi ini, ada penginapan,  bilik kuliah, stadium atau dewan besar untuk latihan dan perlawanan.

"Thailand ada akademi di Ratchaburi. Tiba masanya Malaysia kena ada 'rumah sendiri'. 

"Buat kena buat betul-betul yang ada standard tertentu yang mungkin serba moden di Malaysia. 

"PSM amat berterima kasih kepada perdana menteri dan (Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh yang memberi tumpuan dan dana ini dan PSM akan laksanakan apa yang kami nak selama ini," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video