Skip to main content

Advertisement

Hoki

PSAS: Perlawanan boleh dihentikan jika cuaca terlalu panas

d-mathavan.jpg
Pengarah Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2019, D. Mathavan, menegaskan perlawanan boleh dihentikan jika cuaca panas di Ipoh, Perak, yang mencecah 34 darjah Celsius menjejaskan keselamatan pemain.

Kempen yang akan bermula esok itu tertakluk kepada peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bahawa perlawanan boleh dihentikan jika mendatangkan kesan buruk terhadap pemain seperti risiko strok haba.

"Jika suhu tinggi mencecah angka tertentu pada awal permainan, maka kami akan mempertimbangkan adakah ia langkah yang selamat untuk pemain meneruskan perlawanan.

"Tetapi jika suhu terlalu tinggi selepas separuh masa, ia seharusnya tidak menjadi masalah kepada pemain kerana mereka telah mendapatkan rehat yang secukupnya," ujar Mathavan.

Dalam masa sama, penganjur turut memperkenalkan sistem rujukan video dalam PSAS 2019 bagi mendapatkan keputusan pengadilan yang lebih tepat berdasarkan piawaian kejohanan bertaraf FIH. 

Advertisement

Must Watch Video