Skip to main content

Sukan Lain

PSAS: Malaysia sekat hajat Australia pesta gol

masvaus.jpg
The Malaysian Hockey Tigers berjaya menghalang hasrat Australia untuk berpesta gol dalam pertemuan kedua peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2018 yang berlangsung di Ipoh, Perak, semalam.

Dua pertemuan mereka sebelum ini dalam PSAS tidak berakhir dengan keputusan yang membanggakan apabila skuad negara dibelasah 5-1 pada 2016 dan setahun kemudian diratah pula 6-1.

Anak buah Stephen Van Huizen menunjukkan kesungguhan untuk mengekang asakan Kookaburras di sebalik corak permainan laju yang ditampilkan pasukan lawan.

Dalam perlawanan itu, Australia membuat 15 percubaan tepat ke arah gawang Malaysia dan hanya mampu menjaringkan tiga gol, dua daripadanya menerusi gol padang sumbangan Dylan Wotherspoon dan Aaron Kleinschmidt manakala satu lagi gol dijaringkan menerusi pukulan sudut penalti Corey Weyer.

"Kami telah bersaing dengan Australia hingga hujung permainan. Kami telah cuba mempamerkan persembahan terbaik dalam perlawanan ini," kata Van Huizen.

"Kami cuba melakukan sebanyak mana serangan. Daripada situ, kami cuba memperoleh sebanyak gol yang mungkin.

"Dalam menyerang, ada kalanya sukar untuk memperoleh banyak jaringan. Jadi, kami akan memanfaatkan setiap peluang yang datang," kata pemain Australia, Daniel Beale.

Gol tunggal negara dijaringkan oleh penyerang berpengalaman, Marhan Abdul Jalil.

Selepas dua perlawanan, Malaysia kini di tangga ke ketiga kumpulan dengan mengutip tiga mata, sementara Austrlia berada di tangga pertama, dipisahkan dengan perbezaan jaringan dengan Argentina di tangga kedua.

Advertisement

Must Watch Video