MALAYSIA 2 ARGENTINA 1
Skuad hoki negara mencipta sejarah apabila berjaya melenyapkan ego juara Sukan Olimpik 2016, Argentina, selepas meraih kemenangan 2-1 dalam perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak, malam ini.
Selepas menyekat hajat Australia untuk berpesta gol dengan tewas 1-3, tugas anak buah Stephen Van Huizen berdepan pasukan di ranking kedua dunia itu tampak lebih mudah menerusi corak permainan lebih pantas dan terbuka.
Argentina, yang menurunkan antara pemain terbaik, termasuk pakar pukulan sudut penalti, Gonzalo Peillat, sedikit terganggu dengan corak permainan Malaysia yang berubah.
Mereka gagal meledak gol sepanjang suku pertama, sebaliknya skuad negara mula mengancam.
Kecemerlangan The Malaysian Hockey Tigers bermula sebaik Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil meledak gol pertama dalam suku kedua menerusi gol padang.
Tersentak dengan jaringan itu, Argentina mula agresif dalam melakukan serangan, namun memaksa mereka membuat kesilapan di bahagian pertahanan.
Muhammad Najmi Farizal Jazlan, yang tidak dikawal, mudah menolak masuk gol kedua Malaysia pada minit ke-28.
Argentina kemudian melepaskan peluang meraih gol pertama apabila pukulan penalti strok ditampan penjaga gol negara, Mohd Hairi Abdul Rahman.
Bagaimanapun, selepas itu, Diego Paz berjaya merapatkan jurang menerusi gol padang dalam suku ketiga.
Serangan bertali arus ditampilkan Argentina dalam suku keempat dalam usaha untuk menyamakan kedudukan tetapi pertahanan negara berjaya mengekang asakan lawan.
Tanpa mempedulikan reputasi lawan, Malaysia berjaya mengekalkan pendahuluan, sekali gus mencipta sejarah baru hoki negara dengan menewaskan Argentina 2-1.
Sementara itu, perlawanan terdahulu menyaksikan England menjinakkan Ireland dengan kemenangan 4-1 manakala Australia menundukkan India 4-2.