MALAYSIA 4 JEPUN 2
Aksi bertenaga membawa Malaysia ke penentuan gelaran Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2022 bertemu Korea Selatan, sebentar tadi.
Malaysia menterjemahkan keyakinan tinggi selepas melakar dua kemenangan berturut-turut di Ipoh sebelum menumbangkan Jepun 4-2.
Pakar pukulan sudut penalti negara, Razie Rahim, terus cemerlang selepas mencetak tiga jaringan semalam apabila memanfaatkan peluang awal dalam dua situasi tersebut.
Tempo permainan yang deras menyaksikan kedudukan 3-2 -- Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi meledak jaringan padang menarik tetapi dalam situasi getir penjaga gol negara, Hafizuddin Othman, menghasilkan persembahan terbaik termasuk ketika menafikan pukulan penalti Yoshiki Kirishita dalam suku ketiga.
Sedar belum selesa ketika berdepan juara Asia 2018 itu, The Speed Tigers segera mengatur langkah untuk kembali melebarkan kedudukan dengan satu serangan balas sebaik suku keempat bermula menerusi penyudah Norsyafiq Sumantri.
Berdasarkan pengalaman lalu, barisan kendalian Arul Selvaraj itu cuba mengelak mengulangi daripada kesilapan di penghujung perlawanan untuk mempertahankan kelebihan dua gol berkenaan.
Dengan itu, Malaysia menempah pertemuan dengan Korea Selatan Khamis ini -- yang menewaskan mereka 3-0 dalam perlawanan pembuka tirai.
Perlawanan penentuan tempat ketiga hingga keenam pula berlangsung pada Rabu ini.