Skip to main content

Sukan Lain

Program Wellness X 31: Komuniti Sihat, Generasi Hebat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

uitm-fsr.jpg
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan Program Wellness X 31.

Program Wellness yang bertujuan memupuk kesedaran dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa. 

Program ini berlangsung secara terbuka di Pusat Sukan UiTM Shah Alam dan berjaya menarik penyertaan lebih 2,000individu, termasuk pelajar, pensyarah dan orang awam.

Suasana program cukup meriah dengan pelbagai aktiviti fizikal yang menyeronokkan, antaranya sesi aero dance terbuka yang merangkumi gaya seperti Qi Gong, Zumba, Bollywood, K-Pop dan Hip Hop. 

Menurut pengarah program, Haikal Amirudin, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada latihan praktikal pelajar untuk memahami aplikasi sebenar konsep kecergasan dan kesejahteraan yang dipelajari dalam kuliah. 

"Kami mahu pelajar bukan sahaja belajar secara teori, tetapi turut menjadi agen perubahan dalam mempromosikan gaya hidup sihat. Wellness bukan sekadar fizikal, tetapi juga melibatkan kesihatan mental dan emosi," katanya. 

Pensyarah FSR, Dr Maisarah, yang menjadi fasilitator turut berkata: “Ini peluang kami mempraktikkan ilmu dan dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya mahasiswa tentang pentingnya jaga kesihatan dari usia muda.” 

Program ini turut diserikan dengan ucapan motivasi serta pelancaran gimik pembukaan oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin.

Kerjasama daripada para penaja seperti Kahf, Emina, Elgini, Kadokawa Gempak Starz dan Maaz Kijal Enterprise turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.

FSR berharap agar program ini dapat diteruskan sebagai satu usaha berterusan ke arah memupuk amalan gaya hidup sihat dan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal. 

Wellness X 31 merupakan satu langkah proaktif dalam membantu warga kampus dan komuniti menjaga kesihatan jasmani secara konsisten dan menyeluruh.

Advertisement

Must Watch Video