Kedudukan Pengarah Program Podium, Tim Newenham, kini ibarat telur di hujung tanduk apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengakui tidak gembira dengan prestasinya susulan kegagalan Program Podium dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang.
"Kalau nak (Program Podium) ditamatkan sekarang, saya tidak rasa ia adil.
"Kami akan mengadakan perjumpaan dengan semua pemegang taruh untuk mendapatkan maklumat daripada mereka semua.
"Kami akan menilai semua cadangan, sama ada perlu membuat penambahbaikan atau rombakan," kata Syed Saddiq dalam satu sidang media tergempar di kementeriannya hari ini.
Beliau yang mengulas mengenai pasca Sukan Asia 2018 membabitkan kontinjen negara diasak dengan soalan panas berhubung status Program Podium.
Ini susulan program berkenaan sekali lagi gagal memenuhi sasaran untuk berada dalam kelompok 10 terbaik temasya di Indonesia itu selepas Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Malah, lebih mengecewakan, ramai dalam kalangan atlet program itu mempamerkan prestasi buruk, antaranya atlet daripada sukan badminton, karate dan wushu.
Newenham selaku pengarah program itu sememangnya individu yang perlu bertanggungjawab di atas kegagalan tersebut.
"Untuk kita bertepuk tangan kerana mencapai sasaran minimum tujuh emas, saya tidak rasa kami berlaku adil kepada rakyat Malaysia yang telah melaburkan berpuluh juta ringgit dan para atlet yang telah dedikasi masa dan keringat untuk membangunkan sukan negara.
"Pihak KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan panggil Newenham dan duduk bersama-sama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Institut Sukan Negara (ISN) untuk melihat apa yang boleh dilakukan," tambahnya.
Newenham dilantik sebagai pengarah Program Podium pada Februari 2016 dengan kontrak selama lima tahun sehingga 2021.