Pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, mengkritik keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memilih untuk melaksanakan semula Program Podium dengan memberikan kuasa penuh kepada atlet negara.
Pemerhati sukan dan beberapa bekas atlet negara menyuarakan pandangan negatif mereka terhadap pendekatan KBS yang mahu menghidupkan kembali program itu.
Antara yang dipersoalkan adalah tindakan kementerian itu yang terlalu meletakkan kepercayaan kepada atlet sehingga mereka dibenarkan untuk meletakkan sendiri petunjuk prestasi (KPI) dalam setiap kejohanan yang disertai.
Ia dikhuatiri akan memberikan kesan terhadap pemburuan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Program baru yang boleh kita gelarkan sebagai Program Podium 2.0 ini menggambarkan sesuatu yang kurang jelas tentang hala tuju sukan berprestasi tinggi di negara ini.
"Sebelum ini, Sistem Tier Majlis Sukan Negara (MSN) hanya berusia tiga bulan dan masih belum dapat dijalankan dengan sepenuhnya.
"Ia masih dalam proses penyesuaian dengan persatuan sukan dan atlet negara.
"Bagaimanapun, ia telah diubah kepada Program Podium 2.0 yang pada pandangan saya masih tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
"Dari sudut sukan berprestasi tinggi pula, ia jelas menunjukkan Program Padium yang baru ini tidak menyasarkan atlet untuk ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya dalam pemburuan pingat emas pertama Sukan Olimpik," katanya.