Skip to main content

Boling Padang

Emma Firyana tekad perbaiki permainan menuju Sukan Komanwel

Emma

Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji, menganggap 'test match' pada Ahad lalu merupakan langkah progresif dalam memastikan kem negara dapat meneruskan momentum kemenangan.

Jelasnya, terdapat banyak kelemahan yang berjaya dikesan dan masih terdapat ruang untuk diperbaiki sebelum ke temasya Sukan Komanwel tahun ini.

Advertisement

Memandangkan, beberapa acara sukan utama telah digugurkan penyertaannya di Glasgow kali ini, tekanan tersebut diakui semakin dirasai.

Namun, Emma perlu kekal tenang untuk memastikan Malaysia membawa pulang pingat.

Dalam aksi final tersebut, Emma cemerlang menundukkan rakan senegara, Nurul Alyani 3-0, sekali gus muncul juara.

"Alhamdulillah.

"Permulaan sedikit perlahan, tetapi rentak semakin meningkat.

"Persiapan ke Sukan Komanwel memiliki matlamat masing-masing.

"Saya kena usaha lebih kerana yang lain juga memberikan saingan tinggi," katanya.

Must Watch Video