Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, hati atlet sepak takraw negara, Azlan Alias, pasti tersentuh rasa rindu yang mendalam terhadap arwah ibu dan bapanya yang telah pergi.
Suasana raya kini tidak lagi sama, apatah lagi tanpa kasih sayang dan doa daripada insan paling bermakna dalam hidupnya.
Advertisement
Kehilangan itu bukan sahaja dirasai daripada segi emosi, malah meninggalkan kekosongan yang sukar diisi -- terutama apabila memikirkan impian untuk membahagiakan dua orang tuanya itu tidak kesampaian.
Luahnya, kasih sayang terhadap mak ayah tidak pernah luntur, dan setiap perjuangannya dalam sepak takraw adalah untuk membuatkan mereka terus ‘bangga’ walaupun jauh di negeri abadi.
"Sudah pasti saya kehilangan kasih sayang.
"Apabila menjangkaui dewasa, saya tidak boleh menggembirakan mereka.
"Saya tak sempat nak bawa mereka menunaikan Umrah.
"Saya akan terus menggembirakan adik beradik saya.
"Meskpun mereka telah tiada, saya tetap mahu membanggakan ibu bapa.
"Isteri juga banyak ada sewaktu susah senang," katanya di Nadi Arena.