Jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, mempersoalkan keputusan Program Podium yang tidak menyenaraikan namanya walaupun sudah bergelar Mr Universe sebanyak tiga kali.
Azman kecewa apabila sekali lagi tercicir daripada senarai 503 atlet yang ditawarkan kontrak program latihan kebangsaan itu.
Ia berbeza dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu memberi tumpuan terhadap kebajikan atlet, terutama mereka yang sudah menjulang nama negara.
Apatah lagi, dia sudah bergelar Mr Universe sebanyak tiga kali dan Mr Asia empat kali.
"Saya agak kecewa kerana tidak tersenarai dalam Program Podium walaupun sudah bergelar juara dunia. Saya sepatutnya menerima elaun yang telah ditetapkan berdasarkan pencapaian saya dengan jumlah sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan," katanya.
Sejak beberapa tahun lalu, Azman terpaksa mengeluarkan kos sendiri mencecah puluhan ribu ringgit untuk membuat persiapan menyertai kejohanan.
Punca utama kerana Majlis Sukan Negara (MSN) telah memberi geran khas kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia setiap tahun, sekali gus mengecualikan atlet mereka menerima elaun.