Ahli gabungan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mencalonkan Timbalan Presiden, Datuk Ayub Rahmat, untuk merebut jawatan presiden yang disandang Datuk Ong Poh Eng kerana mendakwa beliau terlalu banyak komitmen lain.
Jawatan presiden PABM yang dipegang Poh Eng sejak 2012 menjadi tumpuan menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan itu pada 12 Mei depan.
Ayub, yang juga Presiden Persatuan Angkat Berat Johor, dikaitkan sebagai calon pengganti terbaik selepas menunjukkan kesungguhan tinggi bagi memastikan aspek pengurusan badan induk itu berjalan lancar.
Sehubungan itu, beberapa ahli gabungan menyuarakan pendirian agar Poh Eng memberi laluan kepada individu lain.
"Kami nampak sekarang ini Datuk Ayub berpotensi untuk menjadi pemimpin terbaik kerana dia mempunyai wawasan tinggi, terutama dalam usaha melahirkan atlet-atlet yang layak ke Sukan Olimpik.
"Itu tujuan utama. Bukan setakat Sukma (Sukan Malaysia), Sukan Komanwel atau Sukan SEA. Olimpik yang utama," ujar Setiausaha Persatuan Angkat Berat Selangor, Adzhar Derani.
"Saya nampak perkembangan di Johor sangat pantas daripada segi peningkatan atlet dan jurulatih.
"Saya nampak wawasan mereka agak ke terkehadapan berbanding negeri lain. Jadi, saya rasa dia boleh memimpin di peringkat kebangsaan," kata Setiausaha Persatuan Angkat Berat Putrajaya, Ahmad Janius Abdullah.