Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Poll: Siapa bakal muncul juara MotoGP? Bagnaia atau Martin?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poll.jpg
Saingan MotoGP semakin hampir menuju penamat, dengan pendahulu saingan Francesco Bagnaia kekal bertindak selaku pendahulu sementara pencabar terdekat, Jorge Martin terus memberikan tekanan buat juara bertahan itu.

Perlumbaan GP Malaysia sudah melabuhkan tirai, pelumba Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini, memastikan kejuaraan pertama musim ini selepas muncul pelumba terpantas melepasi garisan penamat di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Francesco Bagnaia serta Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing, menamatkan saingan di tempat ketiga dan keempat sekaligus menyaksikan mereka terus kekal di tempat pertama dan kedua dalam saingan merebut gelaran Pelumba Terbaik Dunia. 

Jadi, siapa bakal menamatkan cabaran musim ini selaku juara dunia? Adakah Bagnaia bakal mempertahankan kejuaraan, atau sudah tiba masa buat Jorge Martin? Jom undi di sini!
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video