Skip to main content

Sukan Lain

Poh Eng sedia lepaskan jawatan presiden

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poheng14118.jpg
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ong Poh Eng, sedia melepaskan jawatan andai ada calon yang layak untuk mengambil alih tugasnya apabila mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu diadakan pada 18 Mac depan.

Poh Eng, yang menggalas tugas selaku presiden sejak 2012, berharap ada calon yang mampu menerajui badan itu.

Beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan kerana sudah lama mentadbir persatuan itu dan tiba masa ia diuruskan individu yang layak untuk penambahbaikan.

Tanggal 18 Mac depan bakal menyaksikan perubahan dalam PABM dan calon-calon yang akan mengisi jawatan dalam penggal baru itu perlu dikemukakan dalam tempoh kurang dua bulan ini.

"Kalau saya mempunyai calon, saya akan lepaskan kepada mereka. Memang. Kami akan bekerjasama.

"Ia adalah untuk pembangunan sukan. Bukan untuk individu, kami mahukan individu yang boleh membangunkan sukan ini bersama-sama," katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa PABM hari ini turut mengusulkan rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, agar mempertimbangkan sukan angkat berat kembali dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

"Kami berharap beliau menimbang semula perkara itu. Ia kerana di negeri, semuanya telah berbelanja besar untuk persiapan mereka. Kalau ia tidak dapat diubah, memang susah," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video