OLAHRAGA
Poad mahu Badrul beri tumpuan pada acara 400m
Jurulatih olahraga Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Poad Kassim, mahu pelari pecut negara, Badrul Hisyam Abdul Manap, memberi fokus kepada acara 400 meter memandangkan pelari itu menunjukkan potensi mampu menyerlah dalam acara itu.
Badrul Hisyam sebelum ini mencipta sensasi dalam acara 100 meter apabila mencatat 10.29 saat dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN 2015 di Brunei, namun tidak diiktraf apabila kedudukan alat pengukur angin tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Selepas itu, Badrul gagal menyinar dalam Sukma Sarawak tahun lalu dan dibayangi rakan sepelatih, Khairul Hafiz Jantan.
Iklan
Sebagai jurulatih, Poad mahu mengembalikan keyakinan anak muda ini dan beliau melihat Badrul mempunyai potensi dalam acara 400 meter berdasarkan catatan 47.62 saat yang dilakukannya
di Afrika Selatan baru-baru ini.
"Masa yang dicatatkan oleh Badrul dalam acara 400m agak memberangsangkan, kami mahu melihat perkembangannya," kata Poad.
Kejayaan di Afrika Selatan juga menyemarakkan lagi semangat pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, yang mengidam kejayaan lebih besar iaitu dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
"Saya meletakkan sasaran untuk beraksi lebih cemerlang di pentas yang lebih tinggi seperti Sukan Asia dan Komanwel," ujarnya.
Must-Watch Video