Skip to main content

Bola Keranjang

Playoff NBA: Davis beri respons aksi buruk, bantu Lakers kembali ikat Suns

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

anthony-davis.jpg
Anthony Davis memberikan respons terhadap aksi buruknya dalam perlawanan pertama apabila membantu Los Angeles Lakers menewaskan Phoenix Suns 109-102 untuk kembali mengikat kedudukan 1-1 dalam siri playoff pusingan pertama NBA hari ini.

Davis menyalahkan dirinya selepas Lakers tewas dalam perlawanan pertama dengan berkata "saya punca kekalahan ini" tetapi kali ini, dia memberikan respons menerusi 'double-double' yang dilakukannya dengan 34 mata, 10 rebound, tiga hadangan dan tujuh bantuan.

LeBron James turut mencuri  tumpuan dengan 23 mata, termasuk jaringan tiga mata yang dilakukannya pada minit terakhir suku terakhir. 

James juga menghasilkan sembilan bantuan dan empat rebound.
 
Keputusan lain:
Brooklyn Nets 130-108 Boston Celtics
Dallas Mavericks 127-121 Los Angeles Clippers

 

Advertisement

Must Watch Video