Skuad ping pong negara meraih pingat acara beregu wanita yang pertama dalam sejarah Sukan Komanwel selepas Ho Ying-Karen Lyne menundukkan Sutirtha Mukherjee-Pooja Sahasrabudhe dari India 3-1 dalam aksi penentuan pingat gangsa di Oxenford Studios, hari ini.
Gandingan negara itu menjadi harapan tunggal skuad ping pong Malaysia bagi menjelmakan kilauan pingat di Gold Coast selepas semua wakil negara kecundang dalam cabaran masing-masing.
Mereka, yang tewas kepada beregu India dalam separuh akhir, turun untuk melunaskan misi berdepan lawan yang juga dari negara itu dalam perebutan pingat gangsa.
Set pertama berlangsung sengit, namun kemenangan 15-13 memihak Ho Ying-Karen sebelum mereka cemerlang mencatat kemenangan 11-7 dalam set kedua.
Pasangan negara itu cemas dalam set ketiga apabila tewas 11-8, namun mereka kembali mengawal permainan dalam set keempat sebelum melakar kemenangan 11-7, sekali gus muncul pemenang tempat ketiga.
"Saya rasa sangat terkejut dan hebat. Ia kerana sasaran kami hanya suku akhir dan satu kejutan apabila kami mendapat gangsa," kata Ho Ying.
"Rasa sangat gembira kerana ini adalah pertama kali saya bermain dalam perlawanan besar. Saya hanya berjuang satu demi satu perlawanan," kata Karen.