Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid meraikan ulangtahun ke-40 dalam bidang muzik bersama 9,000 peminat setianya di venue ikonik sukan badminton iaitu Axiata Arena, pada Sabtu lalu.
Menariknya, pada usia mencecah 60 tahun, Shiela kelihatan masih kekal cergas dan bertenaga sepanjang lebih 2 jam konsert istimewa yang dinamakan Sheila Majid 40 Years In Music itu.
Meninjau rahsia disebalik persembahan mantapnya, Sheila rupanya mengamalkan senaman yang menjadi trend masa kini iaitu Pilates dalam rangka persiapannya tahun ini. Sheila turut mendapatkan khidmat jurulatih peribadi bagi membimbing dan memantau perkembangannya dalam Pilates.
Aktiviti senaman ini turut dilakukan bersama suaminya, Datuk Hasridz Murshim Hashim Abdullah atau Acis yang juga merupakan pengarah muzik dan komposer terkenal. Acis yang turut aktif dalam sukan marathon, banyak berkongsi rutin senamannya bersama Sheila di studio Pilates menerusi platform media sosial peribadinya.
Pilates diperkenalkan oleh jurulatih kecergasan kelahiran Jerman, Joseph Pilates pada 1920 sebagai proses rehabilitasi tentera dan penari di England, sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan membuka studio Pilates pertama di New York pada 1923 bersama isterinya, Clara.
Seiring perkembangan di seluruh dunia termasuk di rantau Asia Tenggara, Pilates turut menarik minat rakyat Malaysia dan mula mencapai kemasyhuran beberapa tahun kebelakangan ini walaupun dikaitkan dengan kos latihan yang agak tinggi, bermula RM25/jam untuk seorang.
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat