Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Pahangm Datuk Abu Jimi Samat, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya ke pentas separuh akhir Kejohanan Piala Tun Ali 2025.
Abu Jimi percaya dengan persiapan rapi serta beberapa rombakan dalam senarai pemain skuad kendalian Irwan Shah Rizal itu, tidak mustahil Pahang mampu mencipta keputusan positif dalam kejohanan yang bakal memasuki edisi ketiga itu tahun ini.
Antara pemain yang dikaitkan bakal menyertai Pahang ialah tekong Perak Bison, Meor Zulfikar Mat Amin, serta perejam import kelahiran Thailand, Rusdi Leerem.
"Kami mengadakan persediaan lebih baik -- lebih awal selepas kegagalan ke final Divisyen 1, Sepktakraw League (STL) lalu yang amat mengecewakan saya.
"Kami telah mengenal pasti pemain (yang akan dibawa masuk). Satu perubahan besar kepada pasukan negeri Pahang, sama ada beregu lelaki dan wanita.
"Ada juga bukan pemain Malaysia dalam pasukan kali ini.
"Impian kami mahu jadi finalis atau setidak-tidaknya ke separuh akhir agar tidaklah rasa kecewa sangat," katanya.
Kejohanan Tun Ali 2025 dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 9 Movember depan di Bukit Serindit, Melaka, dengan dua acara dipertandingkan iaitu regu dan juga quadran di samping mengekalkan kategori wanita seperti mana edisi terdahulu.