Skip to main content

Sukan Lain

Piala TNB: SSTMI Thunderbolt mara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Juara Liga Hoki Remaja Malaysia, SSTMI Thunderbolt mencatatkan kemenangan kedua terbesar musim ini apabila membelasah SMIDIN-MSNT 7-0 pada suku akhir Piala TNB.

Skuad kendalian Wan Mohd Roslan Wan Abd Rahman itu melancarkan serangan bertali arus sejak awal permainan dan berjaya meledak lima gol menuju bilik persalinan.

Selepas rehat, SMIDIN-MSNT selaku naib juara Divisyen 2 terus menderita apabila pakar pukulan sudut penalti lawan, Azimuddin Syakir Kamaruddin terus mengukuhkan kedudukan SSTMI Thunderbolt apabila terbabit dalam dua lagi gerakan gol.

Kemenangan tersebut meletakkan SSTMI Thunderbolt selangkah lagi untuk mencatatkan kejuaraan berganda menjelang peringkat separuh akhir, Khamis ini.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video