Skip to main content

Advertisement

Hoki

Piala TNB: TNB sekat hajat THT raih kejuaraan 'treble'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tnb-juara.jpg
TNB 3 THT 2

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyekat hajat Terengganu Hockey Team (THT) untuk meraih kejuaraan 'treble' musim ini menerusi kemenangan 3-2 dalam aksi final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Selepas dikecewakan THT dalam Piala Sumbangsih dan saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), TNB mengubah nasib itu dengan menjuarai kejohanan penutup musim berkenaan.

TNB bermula garang apabila hanya memerlukan 18 minit untuk memecahkan kebuntuan hasil pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan sebelum  Shahril Saabah menggandakan kelebihan itu menerusi satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-39.

THT memberikan respons dengan jarigan padang Marhan Jalil dan Ismail Abu, masing-masing pada minit ke-49 dan 50, tetapi TNB mengesahkan kejuaraan mereka menerusi jaringan padang Amirul Hamizan Azhar pada minit ke-60.


 

Advertisement

Must Watch Video