HOKI
Piala TNB: THT sedia sekat pukulan sudut penalti Maybank
Terengganu Hockey Team (THT) tidak mahu kelebihan pukulan sudut penalti berpihak kepada Maybank pada perlawanan separuh akhir kedua saingan Piala TNB esok.
Ini kerana, menerusi 10 sudut penalti yang dicetuskan Maybank dalam aksi separuh akhir pertama tempoh hari di anggap sebagai ancaman terbesar Terengganu.
Menerusi temu ramah bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom keadaan itu perlu dibendung agar ia tidak mengundang situasi sulit dalam tempoh 60 minit terakhir nanti.
Iklan
"Kita dah dapat lihat pada separuh minit pertama, Maybank sudah ada 10 pukulan sudut penalti. Kita cuba untuk kemas baik perkara tersebut dan akan bincang dengan pemain kita terutamanya pemain pertahanan.
"Perlu menganalisis semula bagi memperkukuh kubu untuk menghalang daripada mereka dapat pukul sudut penalti yang banyak," kata Harfizi.
Kecederaan pemain setakat ini dikatakan hanya melibatkan pemain tengah iaitu Mohd Husaini Hussin yang masih belum dapat dipastikan sama ada khidmatnya akan digunakan atau sebaliknya pada perlawanan Khamis nanti.
"Setakat ini kita hanya ada satu kecederaan sahaja melibatkan pemain tengah kita iaitu, Mohd Husaini Hussin.
"Kita pun sudah minta pasukan perubatan untuk lihat tahap serius kecederaan sama ada dia mampu untuk bermain esok ataupun tidak.
"Untuk pemain lain, semuanya dalam keadaan yang baik,"tambah Husaini.
Must-Watch Video