Poland mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-28 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh dari 23 hingga 30 Mac ini.
Pengesahan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Pengelola Kejohanan, S. Selvakumaran di Ipoh, sebentar tadi.
"Poland sudah mengesah akan menyertai kejohanan di Ipoh ini nanti.
"Dengan ini, kekal enam pasukan menyertai kejohanan kali ini, termasuk Malaysia, India, Korea Selatan, Kanada dan Jepun," katanya yang mendapat maklumat itu daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), pagi ini.
Selvakumaran berkata Poland adalah pasukan ranking ke-21 dunia dan akan menggantikan Afrika Selatan yang menarik diri ekoran masalah kewangan.
"Kami berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Hoki Asia (AHF), Datuk Tayab Ikram dan MHC kerana membantu menjayakan kejohanan ini."
Kejohanan edisi ke-28 itu menjadi gelanggang pemanas badan buat skuad hoki kebangsaan menjelang Kejohanan Siri Hoki Akhir 2019 di Kuala Lumpur dari 26 April hingga 4 Mei depan.
Juara dan naib juara Siri Hoki Akhir 2019 akan melayakkan diri ke saingan Kelayakan Sukan Olimpik 2020.