Pengurus pasukan hoki senior kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi, merancang untuk mengatur satu perlawanan pemanas badan sebelum memulakan kempen dalam Piala Sultan Azlan Shah.
Skuad kendalian Arul Selvaraj akan bertolak ke Ipoh pada Khamis ini sebelum kempen itu berlangsung dari 1 sehingga 10 November depan.
"Kami sudah mengatur pertemuan dengan Jepun untuk satu perlawanan ujian di Ipoh kelak.
"Satu perlawanan ujian sudah mencukupi sebelum kami membuka kempen," katanya di Nadi Arena.
Sementara itu, skuad hoki kebangsaan masih tiada bayangan 18 pemain yang bakal disenaraikan berikutan tiga pemain yang masih di bawah pemerhatian akibat kecederaan.
"Kami belum dapat mengumumkan skuad 18 pemain berikutan Syafiq Sumantri, Ramadan Rosli dan Faiz Helmi Jali masih dibelenggu kecederaan.
"Kami akan umum skuad 18 pemain di Ipoh.
"Tetapi pemain-pemain yang tercedera seperti Marhan Jalil dan Shahril Saabah tetap dibawa ke Ipoh bagi menjalani program pemulihan masing-masing memandangkan selepas ini kami akan menyertai kejohanan Liga-Negara-Negara di Afrika Selatan (November) disusuli Piala Dunia (Januari)," katanya ketika ditemui Nadi Arena di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Skuad The Speedy Tigers bakal membuka tirai menentang Korea Selatan pada Selasa depan, dan perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung bermula jam 8 malam di saluran 802!