SEPAK TAKRAW
Piala Raja Thai: Trio KL Thunder taruhan utama Malaysia
Syahir Rosdi, Khairol Zaman dan Amirul Zazwan Amir antara tiga pemain sepak takraw daripada pasukan KL Thunder dilepaskan daripada Liga STL atas tuntutan berbakti pada negara untuk Kejohanan Piala Raja Thai di Udonthani, Thailand bermula 11 hingga 18 Julai ini.
Walaupun pasukan terlihat tempang dengan ketiadaan pemain-pemain utama, pembantu jurulatih, Muhammad Ali Hanapiah, tidak gusar dengan pemain yang sedia ada untuk digunakan sekali gus mengekalkan kedudukan teratas liga.
"Ia merupakan satu keperluan buat skuad kebangsaan menurunkan tiga pemain utama pasukan ini," kata Ali Hanapiah.
Iklan
"Pada mulanya agak terkejut mereka telah terpilih namun kami semua harus menerima keputusan ini dan ini adalah peluang untuk KL Thunder menurunkan pemain lain sekaligus membantu mengetengahkan bakat serta kualiti mereka.
"Saya percaya mereka yang bakal beraksi mampu menghadirkan permainan yang terbaik untuk pasukan."
Must-Watch Video