Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menaiki podium dalam Kejohanan Piala Negara-Negara UCI menjadi penanda aras bahawa perjuangannya menuju puncak selepas pembedahan jantung lapan bulan lalu sudah bermula.
Justeru, The Pocket Rocketman menyifatkan pingat perak menerusi acara keirin itu mempunyai nilai sentimental.
"Saya tidak sangka dapat bersaing sengit dengan Harrie Lavreysen malah hampir mengalahkannya.
"Tapi kalau saya di belakangnya ketika itu -- saya di kedudukan ketiga dalam selekoh terakhir -- saya berpeluang memotongnya.
"Ia motivasi yang baik buat saya bagi menghadapi pusingan di Mesir dan Milton (Kanada).
"Kejuaraan Dunia dan Sukan Olimpik sangat bermakna tapi kejayaan ini juga bermakna," katanya ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Sebagai seorang atlet profesional negara dan seorang ayah, Azizulhasni turut mengakui perjalanan di sebalik membutirkan pingat bukan mudah untuk difahami banyak pihak.
"Bukan mudah walaupun di sebalik tabir, orang tidak tahu proses pembedahan, pemulihan yang perlu saya lalui sebelum kembali ke Malaysia.
"Dua minggu pulang ke Malaysia sebelum ke Jakarta bukan mudah sebab saya juga perlu menangani (karenah) anak-anak saya.
"Mereka tidak begitu seronok balik ke Malaysia sebab mereka membesar di Australia.
"Tapi ini satu cabaran untuk saya menjadi insan yang lebih baik," katanya.