Ketua jurulatih berbasikal negara, John Beasley, enggan terburu-buru dalam mempersiapkan Datuk Azizulhasni Awang menjelang Sukan Olimpik Paris yang bermula 26 Julai depan.
Selepas cemerlang menggondol pingat emas dalam keirin semalam, jaguh berbasikal trek itu terpaksa menarik diri daripada acara pecut Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, hari ini.
Menurut Beasley, mereka perlu mengenal pasti keadaan pelumba berlumba 36 tahun itu dengan lebih lanjut berikutan masalah berkaitan jantung.
"Hello semua, Dato Azizul baik-baik saja, kami memutuskan bahawa dia telah cukup beraksi dan sudah tiba masanya untuk menjaganya. Umum mengetahui bahawa dia tidak 100% daripada segi kesihatan dan tidak ada gunanya mengerah kudratnya dan boleh mengundang risiko. Dia memberikan Malaysia pingat emas dan beraksi cemerlang dalam pecutan untuk menduduki tempat keempat.
"Adalah Menjadi tugas kami untuk mengutamakan kesihatannya dan mempersiapkannya untuk ke Paris, kini Piala Negara-Negara telah selesai dan Dr Jesswant sedang mengatur siri ujian untuk dilakukan dalam beberapa minggu akan datang, menyelesainya dan terus membina momentum menuju Sukan Olimpik Paris, ramai orang meragui bahawa dia akan kembali ke prestasi terbaiknya tetapi kami tidak pernah ragu-ragu, harap semua rakyat Malaysia terus berdiri di belakang semua atlet menuju ke Tokyo, bukan mudah untuk menjadi seorang Olimpian dan lebih sukar untuk memenangi pingat, jadi sila berdiri teguh di belakang mereka kerana mereka memberikan yang terbaik demi anda," katanya di laman sosial.
Turun dalam acara pecut individu, Azizulhasni tampak di atas landasan untuk meraih pingat kedua apabila berjaya melangkah hingga ke peringkat separuh akhir menentang pelumba tuan rumah, Matthew Richardson.
Dalam perlumbaan pertama, dia berada di depan tetapi memasuki pusingan terakhir, Richarsdon memintas Azizulhasni untuk terus memecut ke garisan penamat.
Richardson mencatatkan kepantasan 9.843 saat.
Perlumbaan kedua berlangsung dengan Azizulhasni pula mengekori pencabar yang sama dan menuju dua pusingan terakhir, kedua-dua pelumba mula memecut tetapi jelas Richardson mengawal perlumbaan sepenuhnya.
Dan menuju 20 meter untuk ditamatkan, Richardson mula memecut dengan Azizulhasni tampak tidak terdaya untuk mengejar.
Pelumba kelahiran Terengganu itu kemudian menarik diri daripada perlumbaan penentuan gangsa menentang seorang lagi pelumba tuan rumah, Matthew Glaetzer.
The Pocket Rocket Man itu berkata dia terpaksa menarik diri selepas merasai simptom 'pericarditis" dan selepas merujuk kepada doktor dinasihatkan untuk tidak meneruskan perlumbaan.

Aksi Datuk Azizulhasni Awang di Race 2 Semi Final Mens Sprint Kejohanan UCI Track Nations Cup Adelaide!?? #NadiWeekend #AstroArena pic.twitter.com/xsE6cBmPOM
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 4, 2024