Pingat emas di Adelaide, Australia, hari ini menjadi pembakar semangat buat pelumba keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang, untuk terus menggegar berbasikal trek.
Kemampuannnya untuk mencabar medal Sukan Olimpik Paris tampak tergugat berikutan masalah jantung hingga memaksanya menarik diri daripada Sukan Asia.
Namun, atlet berusia 36 tahun itu tidak menunggu lama untuk membuktikan bahawa dia masih lagi tidak boleh diketepikan begitu sahaja apabila menjuarai Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, petang tadi.
"Saya kekal di kedudukan selamat sebab dalam keadaan jantung saya sekarang, saya perlu berwaspada tidak boleh buat pecutan yang panjang. Nanti saya akan rasa susah nak bernafas.
"Ketika berbaki dua pusingan terakhir, Jack Carlin dan Matthew Richardson berada di depan saya.
"Saya sudah naik minyak. Saya buat pecutan awal dalam satu setengah pusingan lagi, berjaya memimpin perlumbaan dan mengekalkan kedudukan dengan kelajuan 9.910 saat yang boleh dianggap sangat pantas dalam acara keirin," katanya secara eksklusif kepada Stadium Astro.
Ia memberi makna tersendiri kepada negara selain membuktikan ketabahannya untuk mengharmumkan nama Malaysia di sebalik kesihatan menjadi taruhannya. Malah, mengembalikan keyakinannya menjelang Sukan Olimpik Paris kelak.
"Saya rasa berbangga dapat membuktikan pencapaian dengan pingat emas untuk Malaysia. Saya juga amat bangga dengan diri sendiri dapat mengatasi segala cabaran dan kesukaran.
"Sebelum ini saya rasa tidak dapat tingkat persembahan walaupun sudah bekerja keras dalam sesi latihan disebabkan masalah jantung yang dihadapi.
"Apa pun, saya terus percaya dengan diri sendiri dan terus berjuang.
"Mentaliti kemenangan dan semangat juang menjadi anjakan paradigma termasuk doa daripada keluarga dan rakyat Malaysia," katanya.