"Jangan terlalu fokus terhadap Sufyan Khan"
Itu pendirian kapten skuad hoki negara, Marhan Jalil, mengenai impak yang bakal diberikan pakar pukulan sudut penalti Pakistan, Sufyan Khan, menjelang pertemuan kedua-dua musuh tradisi pada aksi pembukaan Kumpulan B, Piala Negara-Negara 2025, Ahad ini.
Marhan yang mengikuti rapat perkembangan Sufyan Khan berasakan pertahanan negara tidak perlu terlalu memberikan tumpuan terhadap mesin pencetak gol Pakistan itu, sebaliknya kekal komited terhadap corak bertahan pelari pertama ketika bertahan dalam gerakan pukulan sudut penalti.
Sufyan yang baru berusia 20 tahun sudah melakar pelbagai kejayaan bersama skuad senior dan antaranya mengetuai Pakistan raih kedudukan ketiga di trofi Juara-Juara Asia 2024 dengan menjaringkan enam gol.
Sensasi Sufyan turut muncul penjaring terbanyak Kejohanan Piala Asia dengan 12 gol ketika membantu Pakistan muncul naib juara secalin gus menerima anugerah Pemain Harapan (FIH) 2024.
Difahamkan, antara pemain negara yang memainkan peranan selaku pelari pertama adalah Amirul Hamizan Azahar, Shafiq Hassan dan Norsyafiq Sumantri.
"Kita tahu dia ada flicker yang bagus, kita juga kaji dan buat Latihan untuk pelari pertama menutup ruang ketika pukulan sudut penalti.
"kita tidak mahu terlalu focus pada satu flicker dan lupa flicker kedua, jadi kita lakukan rutin sama seperti yang kita rancang dan harap itu terjadi.
"Beraksi di laman sendiri lebih tekanan kerana kita perlu beri dan raih keputusan terbaik, kita perlukan kemenangan untuk tambah motivasi pemain.
"Kita perlu lebih berdisiplin di atas padang seawal minit pertama hingga tamat." katanya.