Steven Hansen berkata Jordie Barrett memiliki kelebihan untuk menguasai perlawanan di antara New Zealand dan Namibia dalam saingan Piala Dunia Ragbi, esok.
Barrett akan menggunakan jersi keramat nombor 10 All Blacks buat kali pertama dalam pertemuan Kumpulan B di Stadium Tokyo, di mana juara bertahan itu perlu mendapatkan mata kemenangan bonus untuk mengungguli kumpulan dan selangkah ke suku akhir.
Ketiga-tiga adik-beradik Barrett menghasilkan try dalam kemenangan 63-0 ke atas Kanada, Rabu lalu, untuk mencipta sejarah selaku adik-beradik pertama beraksi dalam skuad New Zealand yang sama di pentas Piala Dunia.
Adik bongsu, Jordie, beraksi selaku bek tepi, tengah dan sayap di peringkat antarabangsa dan pengendali New Zealand, Hansen, berkata dia boleh mencipta perubahan dalam skuad yang diketuai oleh Sam Whitelock itu.
"Saya jarang melihatnya beraksi di posisi itu," katanya.
"Namun, dalam persekitaran yang ada, seseorang perlu lakukannya dan dia adalah pilihan terbaik.
"Dia merupakan pemain yang berasaskan tiga pemain di bawah. Memandangkan dia semakin berusia, dia mungkin akan beraksi di tengah tetapi bagi saya, dia mempunyai teknik yang sesuai dengan tiga pertahanan. Dia memiliki kaki besar, hebat memegang bola tinggi, berani mendapatkan bola serta bagus dalam teknik kawalan.
"Dia memiliki pelbagai kebolehan. Tiada kekurangan tetapi saya tidak fikir terlalu yakin. Dia bukan seorang yang suka berbangga tetapi pemain yang rendah diri.
"Dia akan menjalankan tugasnya. Saya tahu dia gembira dengan cabaran itu dan dia akan menguasai perlawanan kerana itu cara dia beraksi."
Pemain yang baru pulih, Brodie Retallick, akan melakukan penampilan pertama dalam kejohanan buat juara bertahan itu.
Pemain tengah, Johan Deysel, juga akan kembali dalam kesebelasan utama untuk mengetuai skuad Namibia yang melakukan sembilan pertukaran ketika tewas 57-3 di tangan Afrika Selatan.
Pilihan utama fly-half, Cliven Loubser, tidak memainkan peranan memandangkan dia mengalami kecederaan buku lali ketika berdepan The Springboks, jadi TC Kisting akan beraksi selaku pemain di posisi nombor 10.