Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, percaya kehadiran dua perunding dari Thailand, Poonsak Permsap dan Seksan Tubtong, mampu menjadi nilai tambah terbaik buat Malaysia menuju ke Kejohanan Piala Dunia ISTAF di Kuala Lumpur, Mei depan.
Jelas pengendali kelahiran Ulu Tiram Johor itu, barisan pemainnya perlu memanfaatkan kehadiran dua tenaga pakar dari negara Gajah Perang berkenaan sebaik mungkin dalam usaha meningkatkan mutu serta kualiti permainan secara berpasukan.
"Mereka bekerja secara profesional. Mereka juga ingin membantu pasukan dan PSM untuk mempamerkan prestasi lebih baik berbanding sebelum ini.
"Pemain perlu mengambil peluang ini dan berusaha keras untuk tingkatkan kemahiran masing-masing, khususnya sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Ahmad Jais turut mengesahkan Malaysia akan menjalani sesi latihan berpusat di Bangkok du pertengahan April depan dan dijangka menyertai beberapa kejohanan tempatan sepanjang tempoh tiga minggu di Thailand.
Isnin lalu, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengumumkan senarai 18 pemain yang akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Piala Dunia ISTAF termasuk empat pemain muka baru.
"Mungkin kami akan berada di Bangkok 2-3 minggu lebih awal untuk mengadakan perlawanan ujian sebelum menghadapi Piala Dunia," katanya.