Pasangan romantis, Goh Soon Huat-Shevon Lai, langkah kanan dalam aksi di Odense di mana perjuangan aksi pembukaan beregu campuran Terbuka Denmark mereka menemui penyudah positif hasil kemenangan ke atas Chen Zi Yi-Francesca Corbett dari Amerika Syarikat, sebentar tadi.
Gandingan merpati dua sejoli itu tampil cukup dominan untuk memimpin aksi set pertama 21-15 sebelum momentum positif itu dikekalkan dalam set kedua untuk mengesahkan slot ke 16 terbaik memihak mereka 21-13.