Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bakal berentap menentang rakan sepasukan yang juga merupakan Juara Terbuka Artik 2026, Aaron Tai-Yap Roy King, dalam perlawanan pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, esok.
Aaron-Roy King bangkit menewaskan bekas beregu nombor dua dunia, Kang Min Hyuk, yang bersama gandingan lebih muda, Lee Jongmin, menerusi aksi rubber set penuh debaran.
Sementara itu, pilihan keempat kejohanan, Aaron-Wooi Yik, pula menewaskan juara bertahan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, untuk mara ke pusingan kedua.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan tumpuan ini esok!