Ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj mengakui pasukannya memiliki tempoh persiapan mencukupi menjelang tugas penting di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023.
Berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi sebelum aksi pembukaan berdepan pasukan ranking ke-3 dunia, Belanda, Arul percaya barisan kejurulatihan The Speedy Tigers mampu menyenaraikan 20 pemain terbaik untuk dibawa ke India meskipun berdepan beberapa siri isu kecederaan pemain.
Arul turut mengesahkan skuad kebangsaan bakal hadapi perlawanan ujian berdepan Sepanyol pada 11 Januari depan.
Dalam perkembangan sama, pihak Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengadakan majlis penyerahan insentif kemenangan kepada pasukan hoki kebangsaan yang tampil cemerlang menjuarai piala sultan azlan shah 2022.
Turut diraikan ialah pasukan hoki dalam dewan lelaki negara yang buat julung kalinya bergelar juara serta pasukan wanita yang menamatkan saingan Piala Asia di kedudukan ketiga di Thailand, Ogos lalu.
Jumlah keseluruhan insentif dianggarkan bernilai RM300,000.