Impian Mesir untuk mencipta sejarah mara ke separuh akhir lebur selepas tewas kepada Argentina 5-0 manakala penantian 16 tahun Portugal untuk ke separuh akhir Piala Dunia Futsal 2016 di Colombia tertunai menerusi kemenangan tipis 3 - 2 ke atas Azerbaijan.
Mesir, yang mencipta kejayaan membanggakan apabila mara ke suku akhir, berkesudahan dengan nota suram apabila hajat ke separuh akhir dikecewakan Argentina.
Taborda meletakkan Argentina di depan seawal minit ke-11 sebelum Stazzone menjadikan kedudukan 2-0, dua minit selepas itu.
Basille kemudiannya meledak gol ketiga Argentina pada minit minit ke-27, diikuti Kuzolino seminit selepas itu.
Battistoni menutup aksi terpuji Argentina dengan gol kelima untuk memastikan Argentina mara.
Sementara itu, hasrat Portugal untuk mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir 16 tahun lalu, menjadi kenyataan dengan menyingkirkan Azerbaijan 3-2.
Bagaimanapun Portugal menerima tentangan sengit Azerbaijan. Jo meledak gol pembukaan Portugal sebelum Bolinha menyamakan kedudukan.
Namun, dua gol tambahan Portugal menerusi Joa Wo Matos dan Ricardinho membawakan mereka ke separuh akhir walaupun Azerbaijan berjaya meledak gol kedua menerusi Eduardo.
Sukan Lain