Skip to main content

Sukan Lain

Piala Dunia Boling Padang: Skuad Malaysia jalani persiapan rapi selaku tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling-padang.jpg
Selepas Malaysia diberi pengiktirafan menjadi tuan rumah Piala Dunia Boling Padang dari 4 hingga 8 November ini, segala persiapan menjelang kejohanan melibatkan atlet serta venue mula dilaksanakan.

Menurut ketua jurulatih, Zuraidi Puteh, ia termasuk memberi pendedahan buat kontinjen boling padang kebangsaan untuk berlatih di padang tiruan mudah alih yang dijangka tiba di Malaysia Oktober ini.

Sementara itu, jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji, komited dia bersama rakan sepasukan sedia merealisasi sasaran pingat emas di laman sendiri.

Mengakui sedikit tertekanan kerana pertama kali Piala Dunia diadakan di Malaysia, prestasi memberangsangkan di Terbuka Australia dan Piala Lion City Singapura menjadi penanda aras momentum terkini kem boling padang negara.

Advertisement

Must Watch Video