Penganjuran Piala Davis, Jun depan, memberi skuad lelaki negara talian hayat untuk memburu kelayakan ke Kumpulan Dua saingan berpasukan.
Malaysia, yang berada dalam klasifikasi Kumpulan Tiga Zon Asia/Ocenia, terpaksa menanti lama untuk perincian penganjuran kejohanan.
Sebelum ini, saingan Piala Davis bagi Kumpulan Tiga dijangka berlangsung hujung bulan ini.
Kemas kini Persekutuan Tenis Dunia (ITF) menyaksikan Malaysia akan berentap dengan tujuh lagi negara, termasuk Iran, Kuwait dan Qatar di Singapura pada 26 sehingga 29 Jun depan.
"Ia sesuatu yang sangat bagus buat pemain apabila berpeluang untuk membuat persiapan rapi.
"Kami akan memanfaatkannya dan cuba meningkatkan prestasi setinggi yang boleh.
"Barisan pemain kebangsaan semakin serasi dan kami akan terus berusaha untuk memantapkan lagi gandingan," ujar pemain tenis lelaki negara, Ahmed Deedat Abdul Razak.
Deedat, di samping dua lagi pemain Piala Davis, Syed Agil Syed Naguib dan Syamirul Shahril Adam Das, sedang beraksi dalam siri kedua Kejohanan Sirkit Kebangsaan 2019.
Sementara itu, ketua jurulatih, Suresh Menon, sedang mencari seorang lagi pemain sepenuh masa selepas Christian Didier Chin digugurkan daripada skuad Piala Davis atas isu disiplin.
"Kami menimba lebih banyak pengalaman menerusi karakter dan tahap berbeza kemampuan pemain-pemain.
"Keamatan dalam latihan amat penting dan kami perlu berikan aksi 100 peratus," ujarnya lagi.