Skip to main content

Hoki

Piala Asia Jakarta: Nasib pasukan lain tidak jejas tumpuan hoki negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-malaysia-2022.jpg
Skuad hoki negara perlu menunggu lebih lama untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2023 selepas juara bertahan, India, tewas 2-5 kepada Jepun dalam aksi Kumpulan A hari ini. 

Begitupun, ketua jurulatih negara, Arul Selvaraj, tidak gusar kerana menganggap ia merancakkan lagi Piala Asia 2022 di Jakarta, Indonesia itu. 

Status India akan memberi kesan terhadap pasukan yang memburu tiket ke Piala Dunia 2023.

Pasukan di ranking ketiga dunia itu masih berpeluang untuk layak ke peringkat separuh akhir sekiranya Pakistan tewas kepada Jepun pada Khamis ini sementara India membelasah Indonesia dengan jumlah jaringan besar.

Apa yang menarik, skuad negara -- yang mara ke peringkat 'Super 4' selepas mencipta kemenangan ke atas Oman dan Korea Selatan -- tidak mengambil peduli dengan status India kerana The Malaysian Hockey Tigers  sudah menanam azam untuk memenangi perlawanan setiap kali melangkah ke Stadium Hoki Gelora Bung Karno/

"(Keputusan lain) menjadikan kejohanan ini lebih menarik.

"Fokus pemain adalah untuk menang. Sama ada India mara atau tidak, ia tidak membawa sebarang perbezaan. 

"Kalau nak memenangi pertandingan, kami perlu menewaskan setiap pasukan yang dihadapi.

"Fokus pemain terarah kepada satu persatu perlawanan jadi kami fokus kepada Bangladesh (esok) terlebih dahulu. 

"Selepas itu kami akan rehat sehari sebelum fokus kepada lawan seterusnya," katanya. 




Jika lihat rekod pertemuan Malaysia dan Bangladesh, memang kelebihan semua milik Malaysia dan Bangladesh belum pernah mampu mengikat atau menewaskan Malaysia. 

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertarung ialah dalam Sukan Asia 2018.


 

Advertisement

Must Watch Video