Skip to main content

Hoki

Piala Asia Hoki Dalam Dewan: Skuad negara wajib atasi Thailand, Iran

hoki-dalam-dewan-malaysia.jpg
Kemaraan ke peringkat super four Kejohanan Hoki Dalam Dewan harus digunakan sebaiknya skuad kebangsaan jika mahu menunaikan hasrat layak ke Piala Dunia FIH.

Halangan pertama negara, Thailand -- musuh Asia Tenggara yang semakin meningkat naik biarpun rekod pertemuan memihak kem negara tetapi ketua jurulatih, Rodhanizam Radzi, enggan memandangkan rendah kemampuan Thailand.

Rodhanizam juga menyeru pemain negara bangkit dan tidak leka pada awal permainan, satu senario yang seringkali melanda skuad negara dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

"Kami akan jumpa Thailand malam ini dan Iran petang esok. Kami perlu menang kedua-dua perlawanan ini. 

"Tidak boleh seri atau kalah untuk menentukan tempat kami dalam final Piala Asia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Advertisement

Must Watch Video