SUKAN LAIN
Piala Agong: Negeri Sembilan tepati ramalan
Negeri Sembilan berjaya menepati sasaran dengan melanjutkan rentetan kemenangan di Kumpulan A Kejohanan Bola Keranjang Piala Agong.
Menang mudah 132-64 ke atas pasukan B Sarawak, Negeri Sembilan jelas membuktikan kemampuan mereka menerusi penjaring terbanyak pasukan, Chun Hong Ting yang merekod 28 mata dalam kemenangan tersebut.
Menurut ketua jurulatih yang juga bekas pemain Dallas Mavericks, Mowris Ager, aksi persembahan anak buahnya 100 peratus sesuai rencana dan tanpa isu bergelut dengan kecederaan daripada ke semua pemain memberikan nilai tambah kepada mutu permainan mereka.
Iklan
"Pasukan bermain dengan baik, setiap perancangan digunakan dengan sebaik mungkin. Kami gembira dengan kemenangan ini, namun perjalanan masih lagi panjang," katanya.
Must-Watch Video