Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL: Ren Bao terkilan pada hari suram pelumba tempatan

tsen-ren-bao.jpg
Peringkat kelima  Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025  menjadi satu hari yang agak suram buat pelumba negara apabila tiada yang berhasil mengakhiri perlumbaan bersama kelompok hadapan.

Dan pakar pendaki Saint George Continental Cycling, Tsen Ren Bao, menjadi pelumba tempatan yang terawal melintasi garisan penamat dengan berada di ranking ke-44.

Ren Bao nyata kecewa dengan keputusan ini berharap dapat meningkatkan kayuhannya dalam baki tiga peringkat lagi.

"15km menuju garisan penamat, saya tidak dapat mengikuti jurang pelumba di depan maka saya memilih mengekalkan rentak kayuhan. 

"Saya agak kecewa tidak dapat berada dalam kelompok hadapan bersama pelumba Asia. 

"Saya yakin mampu di kedudukan 10 pelumba Asia terbaik tetapi bukan untuk podium. 

"Saya sepatutnya melakukan yang lebih baik lagi," katanya. 

 
Supplement

Untuk Tenaga Maksima

Vitamin C Berocca ini bantu badan anda lebih cergas dan bertenaga untuk aktiviti-aktiviti luar.


Cuba Vitamin C Ini

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found