Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL 2024: TSG terima suntikan semangat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tsg.jpg
Kurang dari 24 jam sebelum bermulanya peringkat pertama Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG) mendapat suntikan moral apabila bekas pengerusi, Datuk Haji Wan Sukairi, hadir memberikan sokongan peribadi buat mereka.

Buat pertama kalinya, Wan Sukairi akan mengikuti perlumbaan tersebut bersama 'Team car' TSG untuk merasai pengalaman penuh menakjubkan di Langkawi itu.

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu berharap TSG memberi kebanggaan buat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada rakyat Terengganu.




"Dalam pertemuan bersama mereka, sudah semestinya memberika kata-kata semangat dan harapan demi memberika yang terbaik.

"Saat kami sedar perlumbaan sudah dekat, tidak seharusnya meletakkan tekanan kepada meraka kerana ia akan menyebabkan impak yang besar, namun saya mempercayai kebolehan masing-masing berdasarkan pengalaman sebelum ini.

"Di samping itu saya mahu lebih ramai bakat baru supaya TSG tidak terhenti pada masa akan datang," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video