BERBASIKAL
Petronas LTdL 2024: Tsen Ren Bao sudah siap sedia, ayah sebagai sumber inspirasi
'Ke mana tumpah tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi' -- Itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan karier pelumba muda negara, Tsen Ren Bao, yang mewakili skuad berbasikal lebuh raya kebangsaan dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Hal ini kerana, Ren Bao merupakan anak kepada legenda berbasikal negara, Tsen Seong Hoong, yang pernah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 1995 di Thailand.
Secara peribadi, Ren Bao menyifatkan perkara tersebut sebagai semangat buat dirinya, namun tetap menjadi tekanan untuk menghadapi kejohanan berprestij itu.
Iklan
"Secara peribadi, saya sedikit gementar kerana ini merupakan penampilan pertama saya selain mahu melakukan yang terbaik buat negara, pasukan dan orang yang mempercayai saya.Menghitung detik ?Skuad Berbasikal Lebuhraya Malaysia dalam persiapan terakhir sebelum menggegar Langkawi pada ahad ?Berita lanjut di @ASTROARENA @ltdlangkawi #PetronasLTdL2024 #ltdl2024 #letourdelangkawi #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/ad9zjWrJQz— Kamal Nizam (@kamalnizamm) September 27, 2024
"Ayah berpesan kepada saya supaya menikmati perlumbaan ini dan besar kemungkinan dia akan menyaksikan persembahan saya ketika laluan di Kuala Lumpur nanti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Meskipun kali pertama menyertai perlumbaan edisi ke-18 itu, dia dengan tegasnya tidak mahu menjadikan perlumbaan tersebut sebagai percutian sahaja, malah ingin membantu pasukan kebangsaan muncul sebagai skuad terbaik Asia.
"Sebenarnya sasaran saya ingin berada dalam kedudukan terbaik Asia termasuk berhadap dapat merealisasikan impian itu," tambahnya.
Must-Watch Video