Skip to main content

Berbasikal

Petronas LTdL 2024: Pelumba berbasikal bukit jadi taruhan pasukan MPC di laluan Cameron Highlands

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mpc.jpg
Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) bakal turun dengan strategi berbeza apabila menyenaraikan empat pendaki yang merupakan pelumba berbasikal bukit dalam penampilan pertama Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 , Ahad ini.

Kelebihan tersebut disifatkan sebagai ramuan tersendiri demi menakluki peringkat ketiga dari Taiping ke Tanah Rata, Cameron Highlands yang melibatkan laluan sejauh 170.3KM, sekali gus mengintai peluang meraih jersi terbaik Asia.

"Strategi yang diterapkan ialah supaya mendapat tempat terbaik di Asia.

"Jurulatih banyak memberi pelajaran daripada segi berlumba selain pendedahan ketika latihan ringan untuk mendapatkan keselesaan ketika perlumbaan sebenar," kata Muhammad Fahmi Khairul.

Dalam pada itu, Zulfikri Zulkifli mengakui sedikit tertekan kerana perlu menyesuaikan diri dengan peralihan sebagai pelumba berbasikal bukit kepada lebuh raya dan sedia menggunakan pengalaman tersebut dalam LTdL 2024. 

"Saya ketepikan tekanan tersebut untuk membantu pasukan saya dan membalas kepercayaan kepada semua orang yang menyokong saya.

"Tidak pernah terlintas untuk menyertai kejohanan berprestij ini dan saya sekadar melihat perlumbaan ini ketika di sekolah dahulu.

"Ttetapi saya bersyukur dan Alhamdulillah kini menjadi sebahagian daripada perlumbaan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Advertisement

Must Watch Video