Setelah mendiamkan diri dalam dua peringkat terakhir, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli, kembali menempa nama sebagai pelumba terbaik Malaysia di peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Muncul pelumba ke-21 untuk melintasi garisan penamat di Melaka, Aiman menyifatkan kebangkitannya menarik selepas terjatuh ketika perlumbaan baru nak bermula di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Jersi putih pelumba Asia terbaik keseluruhan kekal didominasi Jepun dengan tiga tempat teratasi dihuni mereka. Nur Aiman pula di tangga keenam manakala pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC) Muhd Syawal Mazlin di tempat kelapan, mendahului rakannya pula Zulfikri Zulkifli yang melengkapkan 10 pelumba Asia terbaik memasuki peringkat keenam.