Ibarat hilang seri untuk Le Tour de Langwaki (LTdL) 2024 apabila dua nama besar -- Harrif Salleh dari Terengganu Cycling Team (TSG) dan Izzat Hilmi dari Malaysia Pro Cycling tidak dapat meneruskan perlumbaan.
Namun pengurus MPC, Sayuti Zahit akur dengan apa yang terjadi dan dalam masa sama harap Izzat kuat dalam tempuh perkara seperti ini.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif TSG, Nasiruddin Wan Idrus, akur kecewa dengan apa yang terjadi, namun tetap berharap rakan sepasukan, Harrif dapat menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan.
Selepas ini, peringkat keenam akan membawakan pelumba dari Batu Pahat ke Kulai sejauh 123.4 kilometer esok, bermula pada jam 8:30 pagi.
Anda boleh mengikuti perkembangan sepanjang kayuhan ini menerusi Stadium Astro!
Ammar Hakim
Thu Oct 03 2024