Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL 2024: 500 pelumba amatur ambil peluang rasai laluan sebenar

dom.jpg
Seramai 500 pelumba amatur seronok menyertai perlumbaan di laluan sebenar -- sejauh 97.5km di Langkawi sebagai sebahagian daripada aktiviti sampingan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024  yang membuka tirainya Isnin ini.

Acara berbasikal amatur, Domestique by LTdL 2024, itu menawarkan hadiah lumayan RM31,700 hasil anjuran kolaborasi Cyclomotion dan 36FiveX.
 
 
 



“Kami amat berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan Domestique by LTdL. 

“Peluang ini telah membolehkan kami menyumbang secara signifikan kepada komuniti berbasikal negara dengan mewujudkan platform di mana pelumba amatur dapat menguji had mereka dan merasai cabaran perlumbaan profesional. 

“Kejayaan acara ini membuktikan semakin berkembangnya minat terhadap sukan berbasikal di Malaysia dan kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perkembangan ini,” kata Pengarah Cyclomotion, Zahari Abdul Ghani.

Advertisement

Must Watch Video