Susulan pengumuman keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan pada 5 Ogos 2025, Kerajaan Negeri Selangor melalui Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 telah menerima permohonan yang dikemukakan oleh beberapa persatuan sukan kebangsaan dan negeri agar mempertimbangkan semula pemilihan sukan-sukan tambahan untuk dipertandingkan dalam SUKMA XXII Selangor 2026.
Setelah meneliti semua permohonan, rayuan dan maklumbalas yang dibentangkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar pada hari ini telah memutuskan agar Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Tertinggi SUKMA agar tiga (3) lagi sukan tambahan dipertandingkan dalam SUKMA XXII Selangor 2026.
Sehubungan dengan itu, atas semangat kebersamaan dan demi memacu pembangunan sukan negara, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju mencadangkan tiga (3) sukan tambahan iaitu petanque, muaythai dan silambam untuk dipertandingkan dalam SUKMA XXII Selangor 2026.
Walaubagaimanapun, sebarang keputusan berhubung cadangan ini adalah tertakluk kepada persetujuan semua wakil-wakil negeri yang menganggotai Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan serta perlu dimuktamadkan selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Ogos 2025.
Cadangan ini merupakan bukti dan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk memperluaskan penyertaan serta memperkasakan pelbagai disiplin sukan bermula di peringkat akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan.
Pada masa sama, saya juga menyeru agar semua pihak menghentikan sebarang usaha mempolitikkan sukan dengan memainkan sentimen perkauman yang sempit dan jumud.
Sukan adalah medan perpaduan yang menyatukan rakyat Malaysia merentasi kaum, agama dan ideologi politik, dan seharusnya diraikan dalam semangat kesukanan yang
tulen dan inklusif.
Justeru, Kerajaan Negeri Selangor mengulangi tekad serta komitmen untuk memastikan penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat utamanya iaitu melahirkan lebih ramai atlet pelapis, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meraih pingat emas di kejohanan sukan tertinggi antarabangsa iaitu
Sukan Olimpik 2028.