Skip to main content

Sukan

Pertandingan Tenpin Boling SAM-YAKEB 2025 jalin hubungan erat komuniti sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb.jpg
Penganjuran edisi ketiga Pertandingan Tenpin Boling Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berlangsung meriah di ibu kota hari ini.

Penyertaan 24 pasukan melibatkan pengamal media dari seluruh negara termasuk wakil Astro Arena sendiri menggamatkan suasana.

Tanpa mengira menang atau kalah, kerjasama dan hubungan erat yang lebih kukuh terjalin mengjadi objektif utama pertandingan.

"Kadangkala waktu kerja sahaja berjumpa, dengan kejohanan ini dapat mengeratkan hubungan. Yang penting gembira," kata legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

"Saya berharap program ini dapat diteruskan sampai bila-bila, ia penting buat hubungan komuniti sukan dalam jangka masa panjang," ujar Setiausaha akhbar Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Fazli.






Kejohanan itu dirancang untuk terus dikekalkan sebagai acara tahunan selain beberapa sukan lain turut berpotensi dipertandingkan pada masa akan datang.

"Selain bertenang daripada keadaan pentas sukan dimana media perlu berkerja keras untuk mendapatkan liputan terbaik, ini adalah waktu ahli SAM bertenang seketika dan menikmati permainan." tambah naib presiden SAM, Hafizal Hamad.

Advertisement

Must Watch Video